Wednesday, October 31, 2012

Dia dah 10 tahun.....

Alhamdulillah dapat jugak update citer terkini...actually byk citer yg nak diupdate tapi masa tu memanjang je x cukup.kalahkan PM pulak..apa2 pun hari ni nak update citer yg paling bessttt dalam hidup ini.

Hari ni 31hb, anak bujang aku dah genap 10tahun.Kejap je bang ko dah besar..emm makin besar makin mencabar keimanan & kesabaran ibu dan ayah nak membentuk menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia&akhirat.

Alhamdulillah selama 10tahun dia ttp anak yang sentiasa yang terbaik buat aku dan suami.Biasala nakal budak2 mmg tetap ada..namun masih boleh dikawal.Besar harapan aku pada dia...mcmana mak dan bapak diluar sana yg mana sentiasa nak yg terbaik untuk anak2 dia.

"Adam...ibu,ayah dan adik sayang Adam.Adam jadi anak yg baik ye sayang.Solat jgn main2 lagi ye sayang..rajin2 ikut ayah pergi surau..Ibu nak Adam jadi contoh yang baik buat adik tak kira dlm pelajaran atau sahsiah diri..Ibu tau Adam anak yang baik,cerdik..Adam kena lebih berusaha ye sayang kalau nak dapat yg terbaik dalam hidup.InsyaAllah ibu,ayah sentiasa dengan Adam.... sebab kami sayang Adam"


Homemade Pandan kastard sponge cake.. 
hadiah istimewa untuk Adam dari Ibu :)
(*** next posting  nak stori mori byk2 pasal baking project..
sesungguhnya aku dah giler membaking ***)






merekala hero saya..saham akhirat saya.
 sayang anak ibu :D







Friday, October 12, 2012

Rindu kamu .... : (


Ya, sekarang ni aku rindu sesangat kat mamat sorang ni.Mamat yang selalu jadi kawan cerite ,kawan gaduh dan kawan bermanja malah kawan tido aku.... walaupun kadang2 mamat ni buat aku tension and marah, tapi dia tetap mamat yang aku puja...sebab mamat ni selalu berdiri sebelah aku walaupun ada masa muka aku mcm singa atau nenek kebayan tapi kalau time muka aku cam princess lagila dekat dan dekat dia dengan aku...dan terus terlekat.oppps...sudah lebeh tuu... ;)

Hohoho mamat ni dah terbang jauh , nun kat bumi Tehran..Ala bukanla first time pun mamat ni travel jauh2 tinggalkan aku n the gangs lelama tapi kali ni rasa semcm pulak..rindu pulak sesangat aku kat dia..miss u darling :(. Moga selamat pulang dan dipermudahkan urusan disana....

Wednesday, October 3, 2012

alahai fail la lagi !!!.... huhuhu :(

Pagi ni aku dah nekad, jadi ke tak jadi aku nak buat jugak.Dari minggu lepas aku dah pasang niat,tapi banyak sgt excusenya..tepung takdela, acuan tak kenala..mcm2la alasannya kalau dah ada big "M" tu..

Resepi ni dah lama aku nampak kat blog kak nanie.Nampak mcm senang je bahan2 nya so nak la aku mencuba.Tapi yang macam selalula, aku kalau baking2 ni nak kena guna oven memang lomah badan sikit.Bukan apa oven yang ada kat umah ni jenis microwave convection oven bukan oven cam biasa2 tu.Benda alah tu cik abang aku la yang membelinya masa baru2 kawin dulu,konon2 nak menyenangkan bini dia tapi hampehhh dalam 11 tahun adalah 2,3 kali je aku guna utk baking, lebihnya aku byk guna untuk panaskan lauk or defrost daging.Tak taula aku yang tak pandai pakai or oven tu canggih sangat.

Tapi yg latest aku dah try buat tart pastry guna oven ni,1st trial mmg fail la,tapi bila aku study temp time & baking time dia, alhamdulillah menjadi pastry aku.So raya baru ni secara rasmi aku dah confident guna oven ni untuk buat kuih raya aku :-)

So, hari ni berbekalkan confident kejayaan aku buat cookies hari tu, aku pun kuatkan semangat nak membaking kek hari ni...bancuh tak lama mana pun,habis bancuh curah kat paper cup.hias2 sikit dgn choc rice, siap..masuk dlm cik oven .tekan temp time,baking time....tungguuuu..tapi dek sebab aku tak percaya sgt kat cik oven tu,melangut la aku duk depan dia.Mula2 tgk cam ok je tapi bila dah masuk 10' mcm semcm je cupcake aku ni... dan sampai habis 20' , ...wawawawa tak jadi jugak kali ni huhuhuh :( , apakah aku yang tak pandai atau cik oven ni yang banyak songel???



 adik mmg selalu support aku... 
sbbkan diala aku rajin nak masak memasak ni



 nila antara yang tak ter"reject". 
bahagian atas keras and keliling gelap sikit



 dalam mcm tak fluffy,pastu melekat kat paper cup bila kita bukak,
 tapi bahagian atas dah keras..jadi ke camni ???mana ek silapnya??



walaupun aku kata fail,tapi budak kenit ni tetap kata sedap...
tengokla tu senang hati dia makan sambil tgk youtube..sedap sgt ke adik?

Monday, October 1, 2012

Cerita hujung minggu....

Penat nak menaip, biar gambar yang menceritakan segalanya.....


Adam xcited nak join camping sekolah tahun ni,puasla aku pujuk & bodek2 dia toksah pegi.bukan apa risau takut dia x tahan & penat...tapi hampeh member tetap nak pegi jugak..alasannya nak cari pengalaman..hmmm mmg anak jantan.Budak kecik yang berbaju merah bawak beg biru tu la anak jantan aku.Siap sound aku tu, xyah turun kete tapi aku curi2 turun tengok dia.Masa aku snap gambar ni,dia tak nampak.Bila dia terperasan aku, terus moncong..okey,okeyla ibu balik....ishh,ishh Adam,Adam 


Kenduri Tahlil & Arwah untuk arwah embah,bapak ,Hj Musa & paman...alhamdulillah selesai semalam.Ni dah time makan.Ramai jugak orang lelaki yang datang..jom kita tengok gambar sepanjang majlis..


 apa yang penting kerjasama :-)
suka tengok moments ni...kalau arwah embah ada mesti dia tersenyum ,huhuhu rindu embah :(


 Chef seumur hidup...
Along aku mmg terror bab masak memasak ni.Kalau buat kenduri dia mesti ada ,kalau tidak kucar kacir dapur..dia buat keje mmg tip top tapi mulut dia pun boleh tahan riuh nya..sbb dia ada jadi adik2 dia boleh curi tulang sikit...apa2 pun sayang along aku ;)



 apa kes ni??? 
ank buah aku terpaksa duk diam2 sbb dh pakai stokin cantik..kalau tidak dia ni boleh thn becok mcm mak dia aka along akula...ada pulak yg buat food testing dulu..yela nak check mana yg patut.tu keja abg aku la tu..mcm biasa azam dgn alip , makan is no. 1..



dari kiri: along,mak,bibik ton(adik ipar mak), bibik yah (adik bongsu mak) 
Momen yang terindah..
Aku rasa nila gambar terkini diorang..
buang yang keruh,ambil yang jernih...



 aku sayang korang.... :)
walaupun kadang2 ada panas,sejuknya korang tetap terbaikkk untuk aku....
psssttt... tgk la kakak aku sorang tu yb berbaju kurung pink , dgn imej baru dia..alhamdulillah la ko dah sedar tat, tak kisahla apa pesen tudung yg ko nak pakai janji ko bertudung...


Tu jela citer weekend aku,..ni tgh ada problemo besarr..mak kesayangan aku merajukkkk...huhuhu payah,payah..





Monday, September 24, 2012

Jiwa kacau...

Selepas insiden hari tu , memang jiwa aku kacau sikit..kacau dek kata2 ketidak puasan dari satu pihak ni yg telah meresap pada mak aku yg tercinta dan akibatnya aku yang dipersalahkan...memang tak patut betul!!

"mak tolonglaaa, mak tak tau apa2...janganla dek sebab mak dengar citer terkejutan dari dia, terus mak kata anak mak ni KETERLALUAN..., mak tak kenal dia ,macamana orang kenal dia.mak tak sayang dia, macam mana orang sayang dia (dulo2 la..sekarang no,no...), mak tak pernah dikecewakan dia,macamana dia kecewakan hati anak mak ni.Jadi mak, jangan la mak kata orang ni teruk sangat, kalau mak setakat dengar citer dia yang tak sampai 30 minit..ada sebab,ada alasan kenapa orang buat "dek" dengan dia..

kecewa dan  sedih sangatla konon sebab tak dikhabarkan berita perginya embah, dan salah besar sangat aku ni sebab tak hello pada dia bila embah meninggal.Hello beb,tak payah la nak syahdu sangat, kalau ko sedih sangatla kan and rasa terkilan sangat, ha pegila lawat kubur orang tua tu..janganla cakap je,tindakannya takde...

mak, orang yang baik tingkah laku tak semestinya hatinya murni,mungkin ada yang tersembunyi disebaliknya cuma kita tak tahu.cuba mak bukak mata mak luas-luas ,pernah ke dia dan ahli keluarga dia datang bertandang ke rumah buruk kita...ce mak citer ,ada ke? ada ke? tak de kan so tak payahlah mak sanjung tinggi sangat orang yang berpangkat dan berharta ni ,dalam kata yang lebih santai "toksah la mak terhegeh-hegeh kat org macam tu,diorang bukan pun respect kat orang biasa2 mcm kita..

mak, orang dah bahagia sekarang ..jadi biar kebahagian itu bersama orang...mak,maaf kan orang kalau tak jadi anak yang baik untuk mak..."

inilah yang aku nak cakap kat mak, tapi rasa macam malas pulak..malas nak besar-besarkan hal remeh yang sibuk-sibuk nak interframe dalam jurnal kehidupan aku..sorryla beb,gua tak ada masa nak layan luuuuu....so bye,bye ...






Sunday, September 16, 2012

kawan baik vs kawan jahat ????

Ada ke istilah macam tu?aku pun x pasti ... tapi ada kotttt

kalau korang nak cari kawan , kawan mana yang korang pilih? ... mestilah kawan baik kan 

kalau korang nak berkawan , korang nak jadi kawan yang mana?... mestilah kawan yang baik kan

jadi kesimpulannya kawan yang baik adalah kawan yg hormat kawan,kawan yg hargai kawan,kawan yg sayang kawan,kawan yg tau berkawan dan paling penting kawan yang bukan makan kawan...

jadi kalau ada kawan korang yg mengaku kawan baik korang tapi tak pernah nak hormat kawan,tak pernah sayang kawan,kawan yang tak tau berkawan dan yang kawan makan kawan..baik je la korang say good bye kat kawan mcm ni..buat pening kepala korang je nanti.

pengajaran untuk diri aku ni...semua masalah datang dari Allah, dan kepadanya lah kita minta pertolongan kerana hanya DIA yg tahu apa yg terbaik untuk kita bukannya minta pertolongan dari kawan baik yg belum tentunya baik lagi...

Friday, September 14, 2012

Ibu bangga dengan kamu ... ;)

Balik sekolah tadi Adam tak habis-habis menyenggeh..biasanya kalau bujang aku sorang ni tersenggeh-senggeh mesti ada 2 sebab 1-selalunya adalah benda yg dihajat nak minta permission aku(biasanya benda2 yg dia tau mmg susah aku nk approve) dan yg ke 2-  adalah benda yg dia dah buat salah pastu takut aku marah ..apalagi bila aku nampak muka kerang dia tu byk la soklan aku tanya.. lps satu , satu aku tanya..tapi jawapannya semuanya tak...ahhh budak ni bikin maknya naik hangin la pulak...dek sebab tgk mak dia dah tak betul,ank aku pun bukak la beg dia jeng..jeng..jengggg....

v

v

v

v

v

v

v



tanpa suara ni yg dihulurkan pada aku...tetap tersenggeh-senggeh.Kali ni bukan senggeh nak minta mainan,atau senggeh buat salah tapi senggeh gumbira .Walaupun hadiahnya cuma seketul tupperware plastik tapi aku dapat rasakan gembira hatinya lebih dari harga tupperware tu ... Adam, Ibu bangga dengan anak ibu.. :)

p/s: ingat lagi usaha gigih dia masa bulan posa hari tu. lepas je sahur gigih dia buat kapal terbang kertas,siap buat design bagai kt kapal tu..tak silap aku gambar bendera Malaysia dgn logo 1 Malaysia.aku just touch up bagi cantik..dan alhamdulillah kemenangan berpihak pada Adam.Nampaknya Adam dah semakin berani untuk melibatkan diri dlm aktiviti sekolah,semoga semangat ni akan berterusan ... ibu akan sentiasa bersama kamu ....luv u .

Wednesday, September 12, 2012

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, hari ni hari terakhir berpuasa sunat syawal + ganti puasa tahun ni.Walaupun agak lambat,alhamdulillah dipermudahkan olehNYA..

Alhamdulillah,rezeki dariNYA..tak pernah putus.Walaupun kecil dan sedikit tapi nikmatnya amat terasa...

Alhamdulillah,walaupun diduga dengan kesempitan ini namun masih ada jalannya..

Alhamdulillah, alhamdulillah.Terima Kasih Ya Allah atas nikmat kurniaan Mu.

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat kami...

Alhamdulillah ahad lepas, 2/9/2012 adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 11..dengan doa dan harapan semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat dan semoga Allah sentiasa melindungi diri kami dunia dan akhirat ...

Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.


Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. 
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.


Ya Allah, berkatilah kami.



Friday, August 24, 2012

Syawal 1433..

Dah masuk 6 syawal hari ni.Alhamdulillah syawal tahun ni aku n family sambut dalam keadaan sederhana tapi penuh kesyukuran.Walaupun rasa suka,gembira,sedih,sunyi, rindu bercampur baur utk aidilfitri kali ni tapi aku kena gembirakan hati anak2 dan mereka yg masih ada..sebab aku sayang diorang :D.

Syukur jugak mak selamat buat umrah tahun ni.Petang sebelum raya, mak balik.So untuk tahun ni aku dgn lilik (my sis) pergi belanja brg dapur.1st time tu,nasib baikla sebelum ni aku selalu follow mak klau pergi belanja bila nk kenduri so takdela pelik sgt bila pegi pasar.Kitaorg pakat masak sama2.1st time kitaorg masak without mak guidance..alhamdulillah menjadi walaupun ada sikit2 yg mak kena repair.Menu simple kitaorg utk pagi raya : Ketupat (1st time aku anyam,n hasilnya nott bad),rendang daging+paru,kuah kacang & ayam masak merah.Plan asal nk buat lodeh tapi tak sompekla pulak huhuhu jd makan jela org punya...

Tahun ni aku mcm 4 tahun yg sudah ,raya kat Sg Ramal <-------> Cheras.So takdela nak kecoh2 sgt.Wp x kecoh cik abg tetap nak melepak lelama jugak kat rumah mak dia..hmmm ikut jela.Tapi busan gak rumah dekat2 ni dah x de rasa feeling balik kg..huhuhu.

Kesimpulannya untuk sambutan raya tahun ni wp baru 6 hari...

1)aku rasa sungguh bersyukur atas rezeki yg diberi olehNYA.Semoga aku dapat beristiqamah dlm melakukan amalan2 yg aku buat semasa Ramadhan.Sedikit kecewa sebab thn ni x dapat khatam as previous... :(.Apa pun alhmdulillah pengakhiran 10 mlm terakhir ramadhan kami suami isteri terisi dgn sebaiknya.Moga amalan kami diterima olehNYA..

2)Ukhwah aku bersama adik beradik, alhamdulillah semakin erat..keutamaan kami adalah mak.Moga segala urusan kami dipermudahkan..

3)Walaupun kami suami isteri diduga dgn dugaan yg agak berat,alhamdulillah aku dan suami dapat memberikan yg terbaik utk ank2 walaupun seadanya..sesungguhnya dugaan ini mengajar kami suami isteri untuk lebih bersyukur dan bersabar.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah....yang penting berusaha selebihnya kita serahkan padaNYA.

4) dan yg last ni aku tak tau nak describe mcmana..nak kata happy tak jugak,nak kata tak happy pun tak jugak.Bukan apa ,alhamdulillah tahun ni ,paman (adik mak) & his family (xcept his little son yg aku rasa ada sikap udang sebalik batu..haram x nampak batang hidung) dah dtg semula beraya ke rumah mak aku..rasanya adala 4 thn diorg x dtg dlm keadaan mcm skrang..duk lelama n boleh chit chat bagai,kalau idak dtg mcm chipsmore,pastu rumah buruk mak n mbah aku takde dlm schd raya diorag.Okla aku happy diorg dtg tapi on the same time bagi aku dah xde maknanye dah coz org yg dok tunggu ank cucu dtg beraya dah takde..4thn org tua tu menunggu,harap sesgt ank lelaki dia dtg beraya dgn dia tapi hampehhh x de langsung.Sedih aku ingat balik kenangan tu..kesian mbah.Aku tak taula apa yg diorg rasa, @ mmg x rasa apa2 pun..keyla malas nak ulas sikap diorg ni..apa2 pun alhamdulillah diorg dah ada kesedaran ttg kewujudan kami wp embah dah takde lagi.... :(

Anyway pjgnya citer raya aku,penat dah tulis ..so layan je la gambar raya aku untuk tahun ni.... :)

Tema 2012: Biru Turquoise 

 Raya kat rumah mak.
Family Along & Ani.

Raya kat Cheras

Pertemuan yg tak dirancang ...
kawan sekolah ...20 tahun tk jumpa


kenangan raya 2011...
Al-Fatihah buat mbah.

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa.Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan yag mulia ini.Walaupun 2 minggu sebelum tibanya bulan yang mulia ni, aku kehilangan seorang lagi insan yg paling penting dlm hidup ini...namun tuntutan rukun islam yg ke 3 ini perlu diteruskan bersama-sama mereka yg masih ada disisi...

Banyak kenangan aku dan arwah embah kalau tiba bulan puasa ni...selalunya dan memang wajib pada aku untuk berbuka puasa dengan embah..tak kira bila,kalau tergerak hati ni, dah nak masuk waktu berbuka sanggup aku ajak cik abang pegi rumah embah.Entah aku tak sampai hati  tengok embah berbuka sorang2..tapi memang itu kenyataannya.Memang tak ada sapa pun yg sudi nak meneman embah.Anak2 embah selain mak aku memang susah nak nampak batang hidung,cucu2 yg lain lagi la jgn harap,tunggu raya barula muncul...

Berbuka dengan embah memang seronok..kalau dia tau aku nak datang,macam2 yg dia beli kat pasar ramadhan untuk aku dan anak2.Byknya jgn ckpla .bila kita tanya siapa nak makan .Jawab dia " Yela...ko kan nak tadi...tu hadi ada....anak ko ada.embah takpe makan sikit je.".Embah ,embah bila pulak aku mengorder nya...tapi tula embah aku,selalu nak bagi yg terbaik untuk aku..aku tau embah sayangkan aku.
memang banyak kenangan aku dgn embah..kalau nak diceritakan , mau meleleh airmata ni,biarla dia tersimpan rapi dalam ingatan ini...yang pastinya aku memang rindu saat2 bersama dia.( tetiba aku rindu sesgt kat embah.. :( Ya Allah moga embah tenang dan aman kat sana...Al-fatihah )

Alhamdulillah hari ke 2 puasa hari tu, aku dan adik beradik yg lain dapat berkumpul dan berbuka puasa sama-sama dengan emak.Walaupun menu simple tapi aku rasa happy sebab kami masih boleh bersepakat lagi..harapnya kami adik beradik boleh bersatu hati macamana pesan bapak..2minggu sebelum raya mak akn pergi umrah,insyaallah balik sehari sebelum raya.Aku doakan semoga emak selamat pergi dan balik..


Harapan aku semoga ramadahan kali ini, aku dapat memperbanyakkan lagi ibadah2 aku...memperbaiki kelalaian yang lepas2..sehingga ke akhir ramadhan.Insyaallah....




sessi menyenduk makanan..
waiter on duty: cik abag


happy birthday adik...

Thursday, July 19, 2012

Saya dah 4 tahun la ibu........

Semalam 18/7/2012..hari jadi adik @ Akmal Harith yg ke-4 tahun.Dah besar anak ibu.Rasa sekejap betul masa berlalu..adik dulu yg terkedek-kedek berjalan ,berlari, cakap pun pelat-pelat lagi sekarang dah 4 tahun..Alhamdulillah ibu dapat jaga adik sepenuh masa dari adik 6 bulan sampai sekarang..

Ibu,Ayah dan Adam sayangkan adik...nampak dah adik dah besar sekarang...macam-macam benda adik dah explore..nampaknya adik ada karektor yg berbeza dengan Adam...Adik lebih berani,lebih teliti dan kuat daya imaginasi ... dan yang paling penting anak ibu ni suka senyum :).

Ibu,ayah dan Adam sayang adik....moga adik jadi anak yg soleh.... luv u adikkkkk...... :D


Insya Allah , ahad ni kita celebrate birthday adik ye..
so hari ni ibu bagi kek main-main dulu ye sayang....

Wednesday, July 11, 2012

Akhirnya dia pergi buat selamanya 1913-2012....Al-Fatihah.

Lebih sebulan embah jatuh sakit, akhirnya pada sabtu malam ahad 7/7,lebih kurang pukul 11 malam,embah menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan anak-anak dan cucu-cucunya.Perginya tenang tapi meninggalkan kesan yg mendalam buat aku....sesungguhnya aku dan embah akan berpisah untuk selama-lamanya.Ya Allah, aku redha dengan ketetapan mu ini..

Alhamdulillah ,selama lebih sebulan kami semua dah cuba yang terbaik utk melayan dan menjaganya.Aku betul2 respect dgn mak aku yg tabah,sabar dlm menghadapi dugaan ini...aku nak jadi seperti mak aku..tak ketinggalan jugak paman aku,bibik aku yg bergilir-gilir jaga embah..

Banyak kenangan aku dengan embah.Baik yang sedih atau gembira.Aku membesar bersama embah aku...dari kecik sampai aku dah beranak 2.Dulu kecik2 aku byk duduk dgn embah aku.masa tu aku ada embah perempuan lagi ..aku tidur dgn diorg tapi bila embah perempuan aku dah meninggal, aku tidur lagi  dgn embah lelaki aku sampaila bila aku dh mula  akil baligh,aku balik duduk rumah mak aku...


Layanan embah pada aku , memang 1st class...kalau dia pergi mana2 mesti dia belikan apa2 untuk aku..lepas tu klau aku x de dia sanggup sorok dr org lain..sampai aku datang.kadang2 dh naik busuk benda yg dia sorok tu.Bila dengar aku sakit, dia org yg paling risau..lepas sibuk2 telepon aku,tak lama tu muncul la dia kat depan rumah aku.selalu dia kata pada aku "ko jangan sakit,biar embah yang sakit...kalau ko sakit,embah susah hati.....".Kalau aku kata ,aku teringin nak makan itu ini,mesti dia sibuk nak belikan..dan selalunya aku akan dapat special dari dia.sampai ada yg cemburu....Tapi sekarang orang yg selalu bagi layanan istimewa pada aku dah pergi buat selamanya..pergi yang tak akan kembali lagi....pergi yg takde gantinya....aku rindu embah , aku sayang embah.

Semoga embah tenang dan aman disana.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Al-Fatihah...


antara kenangan yg ditinggalkan...
4 generasi

Tuesday, June 12, 2012

Dia jatuh sakit lagi....

Dah seminggu lebih , dia terlantar atas katil..kali ni sakitnya lebih teruk dari sebelumnya.Kalau dulu walaupun sakit, dia hanya terbaring untuk 1,2 hari saja dan masih mampu bangun,berjalan untuk uruskan diri tapi kali ni dia seperti hilang segala keupayaan diri.Segalanya perlu dibantu.Dia hanya mampu mengerang kesakitan dan sesekali bersuara.Dia terlalu lemah dan lemah...

Alhamdulillah , dikala dia sakit aku dapat hulurkan bantuan.Kalau boleh segala tenaga dan kudrat aku , ingin aku hulurkan untuk meringan kesakitannya.Doa aku moga Allah akan memberikan kesihatan yg baik untuk aku supaya aku dapat berbaktinya..aku terlalu sayangkan dia.Semoga embah cepat sembuh..


Monday, April 16, 2012

Kelas Aneka tart & Pie bersama Damira Bakery- 15 Apr 2012

Alhamdulillah, semalam aku dapat tambahkan lagi ilmu memasak.Kali ni aku belajar macamana nak buat tart & pie.Dan untuk kali ke-2nya aku masih menuntut ilmu dari Kak Yati @ Damira Bakery.Pada org lain mungkin nak buat tart ni sempoi je, goggle2 kat tenet byk resepi n you tube yg tunjukkan cara nk buat tart ni,tak perlulah berguru bagai..tapi bagi aku lak walaupun benda yg kita nk buat tu simple tapi kalau dpt belajar dari org yg berpengalaman , kepuasan nya lain..biarla habis beratus ringgit tapi hasilnya berbaloi2... walaupun sekadar nak bagi anak tekak sendiri dan orang2 yang aku sayang makan...apa2 pun jom layan gambar kelas semalam.. ;)


kawan belajar semalam..Umi dari PutraJaya

sessi mengadun & menguli untuk buat pastri.
Jeles tgk pastri kak yati & umi licin je...huhu nak buat cantik gak mcm diorang...

sessi memasukkan filling..hati2 jgn sememeh ye ;)
Egg tart & chocolate tart in d making

proses picit memicit..

tarrraa...nila hasilnya 5 jenis tart & pie.
apple pie,fruit tartlet,cheese tart,Egg tart & chocolate tart..sedapkan???
apalagi kalau2 rasa berkenan kat hati mohle tempah kat teman....