Tuesday, September 4, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat kami...

Alhamdulillah ahad lepas, 2/9/2012 adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 11..dengan doa dan harapan semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat dan semoga Allah sentiasa melindungi diri kami dunia dan akhirat ...

Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.


Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. 
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.


Ya Allah, berkatilah kami.



No comments:

Post a Comment