Showing posts with label Party. Show all posts
Showing posts with label Party. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Saya dah 4 tahun la ibu........

Semalam 18/7/2012..hari jadi adik @ Akmal Harith yg ke-4 tahun.Dah besar anak ibu.Rasa sekejap betul masa berlalu..adik dulu yg terkedek-kedek berjalan ,berlari, cakap pun pelat-pelat lagi sekarang dah 4 tahun..Alhamdulillah ibu dapat jaga adik sepenuh masa dari adik 6 bulan sampai sekarang..

Ibu,Ayah dan Adam sayangkan adik...nampak dah adik dah besar sekarang...macam-macam benda adik dah explore..nampaknya adik ada karektor yg berbeza dengan Adam...Adik lebih berani,lebih teliti dan kuat daya imaginasi ... dan yang paling penting anak ibu ni suka senyum :).

Ibu,ayah dan Adam sayang adik....moga adik jadi anak yg soleh.... luv u adikkkkk...... :D


Insya Allah , ahad ni kita celebrate birthday adik ye..
so hari ni ibu bagi kek main-main dulu ye sayang....

Friday, November 11, 2011

Adam Haziq dah 9 tahun... :)

Alhamdulillah, dengan izinnya tahun ni aku & hubby dapat buat lagi birthday party Adam yg ke-9..disebabkan 31/10 jatuh pada hari isnin, lepas dicongak campur dan desakan si bujang ni, akhirnya kami terpaksa buat party ni awal 2 hari dari tarikh birthday Adam yg sebenar..walaupun simple party tapi ttp meriah .. yg paling penting buah hati pengarang jantung kami ni rasa happy hari tu.Semoga Adam Haziq jadi anak yg soleh,pintar dan abang yang terbaik untuk adik.Ibu,ayah dan adik sayang Adam muahhhhh :).Jom layan gambar2 masa party tu....


Adam dan kawan2 nya yg setia dtg setiap tahun.
Kawan Adam dah jadi kawan adik jugak... ;)

Edible image kat birthday cake tu Adam yg cari..
alhamdulillah kak yati dpt merealisasikan apa yg dia nak.
emm next year gambar apa pulak ye...
Choc cake ni terpaksa buat sbb si adik pun sibuk nak kek jugak, tu sebab terpaksa tepek gambar fav dia .Menu hari tu semua tuan rumah buat sendiri..alhamdulillah menjadi :)


Nila antara sebab dia suka buat birthday party..boleh dapat hadiah.
Si adik pun tukang sibuk,nxt year insyaallah ibu buat birthday adik pulak ye :)


Tahun ni gift bebudak selain gula2 n keropok,
aku selitkan homemade lolly choc..suka sgt bebudak.
lagi2 ada pic fav diorang..



Monday, November 1, 2010

Birthday Party Adam Haziq 8 tahun @ 31/10

Alhamdulillah majlis hari jadi Adam semalam berjalan dengan lancar.Happy Birthday sayang.. Ibu,ayah dan Harith hadiahkan birthday cake utk Adam.Kek ni special made by Kak Yati dari Damira Bakery.(http://damira.fotopages.com/).Kak Yati ni dulu ex-hitachi jugak cuma lain department.Sedap kek Kak Yati, semua suka tapi yang paling excited mestila birthday boy sebab edible pic yg kat atas kek tu dia yg buat.Tks kak Yati sebab dah merealisasikannya atas kek yang sedap... :))

Cepat betul masa berlalu dah besar anak ibu nie..dah pun 8tahun.Bila tengok perkembangan Adam ibu tau Adam anak yang bijak,baik,abang yang sayang sangat dengan adiknya (wp kadang2 cemburu sesangat dgn adik),anak yang dengar kata dan yang pasti Adam dan Harith kesayangan ibu dan ayah.Ibu dan ayah doakan Adam jadi anak yang soleh,pintar dan cemerlang.InsyaAllah...


**Oppss.. untuk majlis semalam semua tuan rumah buat sendiri ye kecuali satay n cake.. 1st time masak sendiri dengan kuantiti yang banyak, selalunya masak untuk 3 orang je.Alhamdulillah menjadi semuanya.. so next time boleh cuba lagi :)) **

Birthday cake made by Kak Yati http://damira.fotopages.com/

Sessi memotong kek.Harith pun nak jugak..

Adam n gang

Gossip budak2..

Gossip n makan..

Kawan gaduh n kawan sekolah..

Adam dengan sepupu2ya

Alia n Alif

With Nenek Ani ,Sharafi,Shafiq n Ain

Birthday boy dah penat....gambar dengan Ija n nenek Ani

Nadia n mok


Harith nak belonnnnn..

Sibuknya la dia membukak hadiah..

Adam dengan hadiah2nya.

Bestnya saya dapat kete ni..


Monday, July 19, 2010

Happy Birthday Akmal Harith !!!


2 tahun lepas pada 18hb Julai jam 8.49pagi di Wad Bersalin HKL lahirnya permata hati ku ini dengan berat 2.9kg .Kami sekeluarga gembira dengan kehadirannya..Alhamdulillah Akmal Harith membesar dengan sihat.Sememangnya Harith terlalu aktif berbanding Adam...macam2 yg dibuatnya.

Tapi Harith anak yg bijak dan baik, sedari kecik harith suka dengar alunan zikir ,orang mengaji dan azan...bukakla channel cartoon atau bagila apa saja toys kat dia mesti dia taknak yang dia cari adalah kitab2 dan buku yg ada tulisan jawi .Ralit dia mengadap semua tu..dan sejuk hati ni bila dia sama-sama sembahyang berjemaah dengan kami semua walaupun apa yg dibuat kadang2 menyebabkan Adam boleh tergelak masa sembahyang.

Jadi semalam kami buat party kecik2 untuk harith.Petang tu celebrate makan ice cream kat Ice Room and malamnya tiup lilin kat kek Secret Recipi yg kecik je..sebab aku plan nak buat gak birthday party tuk harith maybe next week..so sayang Happy Birthday.Moga Harith sihat dan menjadi anak yg baik,bijak dan soleh...

Ibu,Ayah dan Adam sayang Harith.


Wajah Harith 2jam lepas dilahirkan

Wajah Harith 2thn

We love u...

Sedapnye

Adam sayang Harith