Monday, October 1, 2012

Cerita hujung minggu....

Penat nak menaip, biar gambar yang menceritakan segalanya.....


Adam xcited nak join camping sekolah tahun ni,puasla aku pujuk & bodek2 dia toksah pegi.bukan apa risau takut dia x tahan & penat...tapi hampeh member tetap nak pegi jugak..alasannya nak cari pengalaman..hmmm mmg anak jantan.Budak kecik yang berbaju merah bawak beg biru tu la anak jantan aku.Siap sound aku tu, xyah turun kete tapi aku curi2 turun tengok dia.Masa aku snap gambar ni,dia tak nampak.Bila dia terperasan aku, terus moncong..okey,okeyla ibu balik....ishh,ishh Adam,Adam 


Kenduri Tahlil & Arwah untuk arwah embah,bapak ,Hj Musa & paman...alhamdulillah selesai semalam.Ni dah time makan.Ramai jugak orang lelaki yang datang..jom kita tengok gambar sepanjang majlis..


 apa yang penting kerjasama :-)
suka tengok moments ni...kalau arwah embah ada mesti dia tersenyum ,huhuhu rindu embah :(


 Chef seumur hidup...
Along aku mmg terror bab masak memasak ni.Kalau buat kenduri dia mesti ada ,kalau tidak kucar kacir dapur..dia buat keje mmg tip top tapi mulut dia pun boleh tahan riuh nya..sbb dia ada jadi adik2 dia boleh curi tulang sikit...apa2 pun sayang along aku ;)



 apa kes ni??? 
ank buah aku terpaksa duk diam2 sbb dh pakai stokin cantik..kalau tidak dia ni boleh thn becok mcm mak dia aka along akula...ada pulak yg buat food testing dulu..yela nak check mana yg patut.tu keja abg aku la tu..mcm biasa azam dgn alip , makan is no. 1..



dari kiri: along,mak,bibik ton(adik ipar mak), bibik yah (adik bongsu mak) 
Momen yang terindah..
Aku rasa nila gambar terkini diorang..
buang yang keruh,ambil yang jernih...



 aku sayang korang.... :)
walaupun kadang2 ada panas,sejuknya korang tetap terbaikkk untuk aku....
psssttt... tgk la kakak aku sorang tu yb berbaju kurung pink , dgn imej baru dia..alhamdulillah la ko dah sedar tat, tak kisahla apa pesen tudung yg ko nak pakai janji ko bertudung...


Tu jela citer weekend aku,..ni tgh ada problemo besarr..mak kesayangan aku merajukkkk...huhuhu payah,payah..





Monday, September 24, 2012

Jiwa kacau...

Selepas insiden hari tu , memang jiwa aku kacau sikit..kacau dek kata2 ketidak puasan dari satu pihak ni yg telah meresap pada mak aku yg tercinta dan akibatnya aku yang dipersalahkan...memang tak patut betul!!

"mak tolonglaaa, mak tak tau apa2...janganla dek sebab mak dengar citer terkejutan dari dia, terus mak kata anak mak ni KETERLALUAN..., mak tak kenal dia ,macamana orang kenal dia.mak tak sayang dia, macam mana orang sayang dia (dulo2 la..sekarang no,no...), mak tak pernah dikecewakan dia,macamana dia kecewakan hati anak mak ni.Jadi mak, jangan la mak kata orang ni teruk sangat, kalau mak setakat dengar citer dia yang tak sampai 30 minit..ada sebab,ada alasan kenapa orang buat "dek" dengan dia..

kecewa dan  sedih sangatla konon sebab tak dikhabarkan berita perginya embah, dan salah besar sangat aku ni sebab tak hello pada dia bila embah meninggal.Hello beb,tak payah la nak syahdu sangat, kalau ko sedih sangatla kan and rasa terkilan sangat, ha pegila lawat kubur orang tua tu..janganla cakap je,tindakannya takde...

mak, orang yang baik tingkah laku tak semestinya hatinya murni,mungkin ada yang tersembunyi disebaliknya cuma kita tak tahu.cuba mak bukak mata mak luas-luas ,pernah ke dia dan ahli keluarga dia datang bertandang ke rumah buruk kita...ce mak citer ,ada ke? ada ke? tak de kan so tak payahlah mak sanjung tinggi sangat orang yang berpangkat dan berharta ni ,dalam kata yang lebih santai "toksah la mak terhegeh-hegeh kat org macam tu,diorang bukan pun respect kat orang biasa2 mcm kita..

mak, orang dah bahagia sekarang ..jadi biar kebahagian itu bersama orang...mak,maaf kan orang kalau tak jadi anak yang baik untuk mak..."

inilah yang aku nak cakap kat mak, tapi rasa macam malas pulak..malas nak besar-besarkan hal remeh yang sibuk-sibuk nak interframe dalam jurnal kehidupan aku..sorryla beb,gua tak ada masa nak layan luuuuu....so bye,bye ...






Sunday, September 16, 2012

kawan baik vs kawan jahat ????

Ada ke istilah macam tu?aku pun x pasti ... tapi ada kotttt

kalau korang nak cari kawan , kawan mana yang korang pilih? ... mestilah kawan baik kan 

kalau korang nak berkawan , korang nak jadi kawan yang mana?... mestilah kawan yang baik kan

jadi kesimpulannya kawan yang baik adalah kawan yg hormat kawan,kawan yg hargai kawan,kawan yg sayang kawan,kawan yg tau berkawan dan paling penting kawan yang bukan makan kawan...

jadi kalau ada kawan korang yg mengaku kawan baik korang tapi tak pernah nak hormat kawan,tak pernah sayang kawan,kawan yang tak tau berkawan dan yang kawan makan kawan..baik je la korang say good bye kat kawan mcm ni..buat pening kepala korang je nanti.

pengajaran untuk diri aku ni...semua masalah datang dari Allah, dan kepadanya lah kita minta pertolongan kerana hanya DIA yg tahu apa yg terbaik untuk kita bukannya minta pertolongan dari kawan baik yg belum tentunya baik lagi...

Friday, September 14, 2012

Ibu bangga dengan kamu ... ;)

Balik sekolah tadi Adam tak habis-habis menyenggeh..biasanya kalau bujang aku sorang ni tersenggeh-senggeh mesti ada 2 sebab 1-selalunya adalah benda yg dihajat nak minta permission aku(biasanya benda2 yg dia tau mmg susah aku nk approve) dan yg ke 2-  adalah benda yg dia dah buat salah pastu takut aku marah ..apalagi bila aku nampak muka kerang dia tu byk la soklan aku tanya.. lps satu , satu aku tanya..tapi jawapannya semuanya tak...ahhh budak ni bikin maknya naik hangin la pulak...dek sebab tgk mak dia dah tak betul,ank aku pun bukak la beg dia jeng..jeng..jengggg....

v

v

v

v

v

v

v



tanpa suara ni yg dihulurkan pada aku...tetap tersenggeh-senggeh.Kali ni bukan senggeh nak minta mainan,atau senggeh buat salah tapi senggeh gumbira .Walaupun hadiahnya cuma seketul tupperware plastik tapi aku dapat rasakan gembira hatinya lebih dari harga tupperware tu ... Adam, Ibu bangga dengan anak ibu.. :)

p/s: ingat lagi usaha gigih dia masa bulan posa hari tu. lepas je sahur gigih dia buat kapal terbang kertas,siap buat design bagai kt kapal tu..tak silap aku gambar bendera Malaysia dgn logo 1 Malaysia.aku just touch up bagi cantik..dan alhamdulillah kemenangan berpihak pada Adam.Nampaknya Adam dah semakin berani untuk melibatkan diri dlm aktiviti sekolah,semoga semangat ni akan berterusan ... ibu akan sentiasa bersama kamu ....luv u .

Wednesday, September 12, 2012

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, hari ni hari terakhir berpuasa sunat syawal + ganti puasa tahun ni.Walaupun agak lambat,alhamdulillah dipermudahkan olehNYA..

Alhamdulillah,rezeki dariNYA..tak pernah putus.Walaupun kecil dan sedikit tapi nikmatnya amat terasa...

Alhamdulillah,walaupun diduga dengan kesempitan ini namun masih ada jalannya..

Alhamdulillah, alhamdulillah.Terima Kasih Ya Allah atas nikmat kurniaan Mu.

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat kami...

Alhamdulillah ahad lepas, 2/9/2012 adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 11..dengan doa dan harapan semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat dan semoga Allah sentiasa melindungi diri kami dunia dan akhirat ...

Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.


Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. 
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.


Ya Allah, berkatilah kami.



Friday, August 24, 2012

Syawal 1433..

Dah masuk 6 syawal hari ni.Alhamdulillah syawal tahun ni aku n family sambut dalam keadaan sederhana tapi penuh kesyukuran.Walaupun rasa suka,gembira,sedih,sunyi, rindu bercampur baur utk aidilfitri kali ni tapi aku kena gembirakan hati anak2 dan mereka yg masih ada..sebab aku sayang diorang :D.

Syukur jugak mak selamat buat umrah tahun ni.Petang sebelum raya, mak balik.So untuk tahun ni aku dgn lilik (my sis) pergi belanja brg dapur.1st time tu,nasib baikla sebelum ni aku selalu follow mak klau pergi belanja bila nk kenduri so takdela pelik sgt bila pegi pasar.Kitaorg pakat masak sama2.1st time kitaorg masak without mak guidance..alhamdulillah menjadi walaupun ada sikit2 yg mak kena repair.Menu simple kitaorg utk pagi raya : Ketupat (1st time aku anyam,n hasilnya nott bad),rendang daging+paru,kuah kacang & ayam masak merah.Plan asal nk buat lodeh tapi tak sompekla pulak huhuhu jd makan jela org punya...

Tahun ni aku mcm 4 tahun yg sudah ,raya kat Sg Ramal <-------> Cheras.So takdela nak kecoh2 sgt.Wp x kecoh cik abg tetap nak melepak lelama jugak kat rumah mak dia..hmmm ikut jela.Tapi busan gak rumah dekat2 ni dah x de rasa feeling balik kg..huhuhu.

Kesimpulannya untuk sambutan raya tahun ni wp baru 6 hari...

1)aku rasa sungguh bersyukur atas rezeki yg diberi olehNYA.Semoga aku dapat beristiqamah dlm melakukan amalan2 yg aku buat semasa Ramadhan.Sedikit kecewa sebab thn ni x dapat khatam as previous... :(.Apa pun alhmdulillah pengakhiran 10 mlm terakhir ramadhan kami suami isteri terisi dgn sebaiknya.Moga amalan kami diterima olehNYA..

2)Ukhwah aku bersama adik beradik, alhamdulillah semakin erat..keutamaan kami adalah mak.Moga segala urusan kami dipermudahkan..

3)Walaupun kami suami isteri diduga dgn dugaan yg agak berat,alhamdulillah aku dan suami dapat memberikan yg terbaik utk ank2 walaupun seadanya..sesungguhnya dugaan ini mengajar kami suami isteri untuk lebih bersyukur dan bersabar.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah....yang penting berusaha selebihnya kita serahkan padaNYA.

4) dan yg last ni aku tak tau nak describe mcmana..nak kata happy tak jugak,nak kata tak happy pun tak jugak.Bukan apa ,alhamdulillah tahun ni ,paman (adik mak) & his family (xcept his little son yg aku rasa ada sikap udang sebalik batu..haram x nampak batang hidung) dah dtg semula beraya ke rumah mak aku..rasanya adala 4 thn diorg x dtg dlm keadaan mcm skrang..duk lelama n boleh chit chat bagai,kalau idak dtg mcm chipsmore,pastu rumah buruk mak n mbah aku takde dlm schd raya diorag.Okla aku happy diorg dtg tapi on the same time bagi aku dah xde maknanye dah coz org yg dok tunggu ank cucu dtg beraya dah takde..4thn org tua tu menunggu,harap sesgt ank lelaki dia dtg beraya dgn dia tapi hampehhh x de langsung.Sedih aku ingat balik kenangan tu..kesian mbah.Aku tak taula apa yg diorg rasa, @ mmg x rasa apa2 pun..keyla malas nak ulas sikap diorg ni..apa2 pun alhamdulillah diorg dah ada kesedaran ttg kewujudan kami wp embah dah takde lagi.... :(

Anyway pjgnya citer raya aku,penat dah tulis ..so layan je la gambar raya aku untuk tahun ni.... :)

Tema 2012: Biru Turquoise 

 Raya kat rumah mak.
Family Along & Ani.

Raya kat Cheras

Pertemuan yg tak dirancang ...
kawan sekolah ...20 tahun tk jumpa


kenangan raya 2011...
Al-Fatihah buat mbah.