Monday, August 1, 2011

Ramadhan yg mulia tanpa bapak..

Alhamdulillah hari ni aku,suami,anak2 dan keluarga yg lain berkesempatan lagi mengerjakan ibadah puasa untuk tahun ni.Tapi sejujurnya ramadhan kali ni terlalu berbeza dgn tahun-tahun sebelumnya.Terasa sungguh ketiadaannya..selalunya 2,3 hari sebelum nak puasa arwah bapak akn panggil semua anak2nya balik berkumpul.Masa tu bapak akan belanja makan apa saje yg cucu2x dia mintak.Seronok sgt masa tu..masa tu bapak akn sibuk tanya cucu2x dia dah beli baju raya ke belum sbb nnt nak dekat raya bapak mesti bg duit nak beli baju raya utk setiap family.Ya Allah, rindu betul aku dgn suasana tu..

Tapi tahun ni dah takde lagi suara garau bapak panggil anak2 nya balik... semua orang ingat apa yg selalu bapak buat kalau nak dekat puasa..mak ingat,itat ingat semua orang ingat..tapi aku cakap dgn mak takpelah insyaAllah sabtu ni kita kumpul semua adik beradik , masa tu nanti bolehla kita buat tahlil utk arwah bapak.

Ya Allah, walapupun dah 7 bulan bapak pergi tapi rasa mcm semalam bapak ada lagi..aku rindu sgt kat bapak.Setiap minggu aku,anak2 dan suami mesti pergi ziarah kubur bapak..rindu sesgt kat bapak.Ya Allah,moga engkau tempatkan roh arwah bapak dikalangan orang beriman dan soleh.

Aku selalu minta doakan kat Allah supaya beri aku kesempatan utk membahagiakan org2x yg aku sayang bukan setakat dgn wang ringgit tapi yg lebih penting dgn kasih sayang.Aku sayang mak,mbah,anak2x, suami dan adik beradik aku yg lain..bagi aku diorangla segala-galanya utk aku..aku tak perlukan orang luar sbb bagi aku orang luar boleh dtg dan pegi mcm tu saje..susah nak cari org luar yg betul2x boleh bersama kita lebih2x lagi masa kita susah dan sedih.Beza dgn adik beradik wp kita selalu bertelagah,tak bersependapat tapi kita mampu bersama kerana darah yg mengalir dlm tubuh kita ni sama..

Harapan aku, moga puasa kali ni aku dapat melipat gandakan ibadah dan amalan aku berbanding tahun2x sebelumnya mana tahu mungkin tahun ni tahun yg terakhir aku berpuasa..waallahhualam.

No comments:

Post a Comment